Manfaat pembekalan berterusan vitamin C
KAJIAN Journal Epidemiologi (Mei, 1992) menunjukkan individu yang tinggi kandungan vitamin C dalam darah hidup enam tahun lebih lama
berbanding mereka yang
sebaliknya. Kandungan vitamin C dalam pemakanan harian rakyat Malaysia sangat rendah. Sebagai contoh, sepinggan mi goreng dan nasi
lemak hanya membekalkan
1.7mg dan 0.9mg vitamin C.
Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik, ialah sejenis vitamin larut air. Ia adalah nutrien yang penting kerana badan tidak
dapat menghasilkannya.
Ini disebabkan manusia tidak memiliki enzim L-gulano gamma lakton oksida, yang menukarkan glukosa kepada asid askorbik.
Sebenarnya, ketidakupayaan manusia menukarkan gula kepada vitamin C meningkatkan kecenderungan jangkitan penyakit diabetes jenis II
kerana gula yang berlebihan
dalam darah tidak dapat ditukar kepada vitamin C dan sebaliknya dikumpul dalam darah. Kebanyakan haiwan dan tumbuhan terutama alga
dapat menghasilkan vitamin
C.
Vitamin C adalah vitamin yang paling tidak stabil, keberkesanannya akan berkurang melalui pendedahan matahari, haba dan udara. Oleh
itu, kita selalu dinasihatkan
supaya makan makanan yang kaya dengan vitamin C sebaik saja dipotong.
Kira-kira 90 peratus vitamin C dalam pemakanan harian datang daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuklah brokoli, strawberi,
oren, cili benggala,
kubis, tembikai susu, lobak merah, bayam dan jambu batu.
Fungsi utama vitamin C ialah menjaga kolagen, sejenis protein yang diperlukan untuk membentuk tisu penghubung dalam kulit, ligamen
dan tulang. Ia penting
untuk membentuk gigi dan gusi yang sihat, membantu penyerapan zat besi, menggalakkan penyembuhan luka dan membantu sistem keimunan
tubuh.
Vitamin C juga dikenali sebagai 'vitamin stres', kerana ia cepat habis digunakan apabila seseorang dalam situasi tertekan. Vitamin C
adalah antioksida
larut air yang membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan.
Vitamin C melindungi molekul penting dalam badan seperti protein, lipid (lemak), karbohidrat, DNA dan RNA daripada kerosakan radikal
bebas akibat daripada
pendedahan kepada toksin dan bahan pencemar.
Golongan yang sering mengalami kekurangan vitamin C termasuklah perokok, mengambil alkohol secara berlebihan, cirit-birit, demam,
jangkitan berpanjangan,
tiroid terlalu aktif (hipertiroid), ulser perut, tuberkulosis (TB), bayi yang mengambil susu formula serta mereka yang menjalani
pembedahan.
Stres dan nikotin dalam rokok meningkatkan keperluan tubuh terhadap vitamin C. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 2,000mg vitamin
C setiap hari.
Tanda kekurangan vitamin C termasuklah gusi berdarah, enamel gigi yang lemah, mudah lebam, sakit sendi, anemia dan penembuhan luka
yang lambat.
Vitamin C adalah tidak stabil dan senang disingkirkan daripada badan. Oleh itu, badan mungkin tidak dapat menyerapkan semua vitamin
C yang diambil walaupun
dos pengambilan adalah tinggi.
Pemilihan vitamin C yang bersesuaian adalah penting untuk memastikan makanan tambahan yang diambil betul-betul dapat memanfaatkan
kesihatan. Pelbagai jenis
vitamin C di pasaran mungkin merunsingkan anda. Yang mana satukah yang paling berkesan?
TIP: Pengambilan vitamin C
Pilih makanan tambahan vitamin C yang berkepekatan tinggi
Kajian menunjukkan pengambilan makanan tambahan vitamin sebanyak 1g atau lebih setiap hari dapat meringan gejala selsema dan demam
dan memendekkan tempoh
penyembuhan.
Pilih makanan tambahan vitamin C yang membekalkan vitamin secara berterusan (sustain release)
Makanan tambahan vitamin C yang dihasilkan melalui teknologi sustain release dapat membekalkan vitamin C pada dos yang tertentu
dalam sesuatu tempoh masa
supaya semua nutrien yang diambil dapat diserap oleh sel.